Premium
Aaron Aziz beri motivasi penghuni Pertapis, Jamiyah
Jun 24, 2020 | 5:30 AM
PERJUMPAAN DALAM TALIAN: Sebagai sebahagian daripada siri Inspirasi 'Dadah Itu Haram' (DIH), Aaron Aziz (gambar sisipan) memberi motivasi kepada penghuni rumah peralihan Pertapis dan Jamiyah. Acara itu dihoskan oleh Encik Husin Saaban (barisan pertama, kiri) dan dihadiri oleh Superintenden Saherly Limat, Timbalan Pengarah, Operasi, CNB (tengah) serta penyanyi tempatan Encik Nooraqmal (barisan ketiga, kiri). Turut serta ialah kakitangan rumah peralihan berkenaan. - Foto CNB -
WALAUPUN tidak dapat bertemu secara fizikal, pelakon terkenal Aaron Aziz menyampaikan kata-kata nasihat dan motivasi melalui panggilan Zoom dalam usahanya untuk terus mendampingi pesalah dadah dalam perjalanan memperkasakan diri mereka.
Melalui usahanya bersama pertubuhan bukan pemerintah (NGO), Aaron berharap mereka akan menggunakan kesempatan itu untuk mengubah diri dan menjadi versi terbaik untuk masa depan yang lebih cerah.

