Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abdul Samad: Buka peluang lebih banyak bagi pekerja setempat

Feb 25, 2021 | 5:30 AM
Abdul Samad Abdul Wahab. - Foto MCI
Abdul Samad Abdul Wahab. - Foto MCI -

SINGAPURA perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi pekerja setempat dan terus memperkukuh teras Singapura di kedua-dua peringkat sektor dan syarikat.

Demikian gesaan yang dibuat Anggota Parlimen Dilantik, Abdul Samad Abdul Wahab semasa menyampaikan ucapan sulungnya di parlimen semalam dalam perbahasan Belanjawan.

Menurutnya, syarikat kesatuan sektor menunjukkan contoh yang baik dengan mempunyai tenaga kerja tempatan sebanyak 70 peratus.

Misalnya, di SP Group, terdapat lebih 95 peratus tenaga kerja tempatan.

Encik Abdul Samad turut menggesa agar pemerintah terus mengiktiraf syarikat yang membina teras Singapura yang lebih kukuh, bukan hanya dari segi bilangan, malah juga kemahiran dan keupayaan serta daya saing.

"Mempunyai teras Singapura yang kukuh akan memberi galakan dan semangat untuk pekerja teras Singapura, meningkatkan kemahiran mereka serta gigih bersaing demi meraih peluang untuk mendapatkan pekerjaan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan usaha pemerintah melanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan atau JSS kepada sektor penerbangan, aeroangkasa dan pelancongan.

Mengucapkan terima kasih bagi pihak kesatuan kepada syarikat yang masih mengekalkan dan membiayai pekerja mereka, Encik Abdul Samad berkata: " Elakkanlah seberapa mampu dari sebarang jenis pemberhentian kerana setiap pekerja yang hilang pekerjaan akan menjejas perbelanjaan seluruh keluarga, bukan hanya pekerja itu sahaja."

Sebaliknya, beliau menyarankan agar syarikat menghantar pekerja menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg