Topic followed successfully
Go to BHkuAbdullah dilantik anggota tetap Majlis Presiden bagi Hak Minoriti
Premium
Abdullah dilantik anggota tetap Majlis Presiden bagi Hak Minoriti
Jan 23, 2018 | 5:30 AM
Abdullah dilantik anggota tetap Majlis Presiden bagi Hak Minoriti

DILANTIK ANGGOTA TETAP: Encik Abdullah (tengah) mengangkat sumpah sebagai anggota tetap Majlis Presiden bagi Hak Minoriti. Upacara itu turut dirasmikan Presiden Halimah (kiri) dan disaksikan Hakim Steven Chong (kanan). - Foto MCI -
PRESIDEN Halimah Yacob telah melantik mantan Speaker, Encik Abdullah Tarmugi sebagai anggota tetap Majlis Presiden bagi Hak Minoriti dalam pelantikan yang berkuatkuasa 10 Januari 2018.
Encik Abdullah, yang juga mantan Menteri, pertama kali dilantik sebagai anggota bukan tetap ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti pada 10 Januari 2012 bagi penggal tiga tahun, dan dilantik semula bagi satu lagi penggal tiga tahun pada 10 Januari 2015.

