INISIATIF Riding For Hope, yang bertujuan mengumpul dana sebanyak $257,000 bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah dilancarkan.

Di bawah inisiatif amal itu, empat sekawan akan melakukan kembara berbasikal sejauh 1,600 kilometer selama 16 hari menyusuri Britain pada Julai nanti.