Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara amal President's Star Charity kumpul $10.4j

Oct 6, 2020 | 4:35 PM
ACARA BERBEZA: Acara President's Star Charity tahun ini, yang disiarkan secara langsung pada Ahad lalu, diadakan tanpa penonton buat pertama kalinya dek pandemik Covid-19. -
ACARA BERBEZA: Acara President's Star Charity tahun ini, yang disiarkan secara langsung pada Ahad lalu, diadakan tanpa penonton buat pertama kalinya dek pandemik Covid-19. - - FOTO: MEDIACORP

ACARA amal President's Star Charity (PSC) tahun ini telah mengumpulkan sebanyak $10,423,381 sehingga malam Ahad (4 Oktober), kata penganjurnya Mediacorp.

Jumlah tersebut hampir mencecah rekod dana yang terkumpul sebelum itu, iaitu sebanyak $10,471,294, yang diperolehi tahun lalu.

Orang ramai masih boleh menderma kepada President's Star Charity 2020 hingga 11.59 malam Ahad (11 Okt) ini - menerusi Nombor Entiti Unik (UEN) PayNow; T08GB0034KDB1 atau di laman; https://www.giving.sg/psc2020

Konsert amal PSC merupakan acara pengumpulan dana tahunan oleh Mediacorp di bawah Cabaran Presiden, iaitu sebuah kempen tahunan yang dimulakan sejak 2000 oleh Presiden S R Nathan ketika itu untuk menyokong sektor perkhidmatan sosial.

Persembahan tahun ini, yang disiarkan secara langsung pada Ahad lalu, diadakan tanpa penonton buat pertama kalinya dek pandemik Covid-19.

Berdasarkan temanya 'Percaya, anda boleh,' (Believe you can) rancangan itu dihoskan oleh Diana Ser dan Fauzie Laily.

Ia turut menampilkan persembahan oleh penyanyi dan penulis lagu Skotlandia Lewis Capaldi, yang telah memenangi penghargaan Artis Baru Terbaik di Brit Awards tahun ini, serta penyanyi Indonesia Rossa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg