SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Acara amal tawar peluang pesakit barah otak naik Lamborghini

Acara amal tawar peluang pesakit barah otak naik Lamborghini

Aug 2, 2022 | 5:30 AM

Acara amal tawar peluang pesakit barah otak naik Lamborghini

TINGKAT KESEDARAN: Acara Brainy Car Rally kembali selepas empat tahun tidak diadakan dan menawarkan para pesakit tumor otak dengan peluang menaiki 16 kereta Lamborghini. - Foto INSTAGRAM BRAINTUMOURSOCIETYSG
TINGKAT KESEDARAN: Acara Brainy Car Rally kembali selepas empat tahun tidak diadakan dan menawarkan para pesakit tumor otak dengan peluang menaiki 16 kereta Lamborghini. - Foto INSTAGRAM BRAINTUMOURSOCIETYSG -

SATU acara amal yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tumor otak telah mengumpul lebih daripada $32,000 kelmarin.

Dihoskan oleh Persatuan Tumor Otak Singapura (BTSS), acara itu kembali selepas empat tahun tidak diadakan dan menawarkan para pesakit dengan peluang menaiki 16 kereta Lamborghini.

Diadakan dengan kerjasama Kelab Lamborghini Singapura, acara Brainy Car Rally itu diadakan di Hospital Masyarakat Outram.

Selain mengelilingi Hospital Besar Singapura (SGH) di Outram dan HarbourFront di Telok Blangah, acara itu turut menyediakan stesen-stesen interaktif yang memaparkan simulasi pembedahan otak.

Di stesen-stesen itu, para peserta boleh memakai 'goggle' realiti di alam maya (virtual reality goggles) untuk menyaksikan pembedahan dalam bentuk tiga dimensi (3D) dan mencuba peralatan yang digunakan dalam pembedahan saraf.

Mereka juga boleh "lalui" penilaian sebelum dan selepas operasi yang biasanya dilakukan semasa pembedahan otak.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, yang menghadiri acara itu sebagai tetamu terhormat, berkata tumor otak tidak begitu biasa seperti yang sering dijangkakan.

"Di Singapura, barah otak dan sistem pusat saraf merupakan barah yang ketiga dan keenam yang biasa menjejas mereka berusia 30 tahun ke bawah - masing-masing bagi kaum lelaki dan wanita," katanya.

Sedang diagnosis tumor otak amat mengecewakan, Cik Rahayu menambah bahawa beliau terharu melihatkan sokongan masyarakat bagi pesakit sedemikian.

Mengenai acara yang diadakan kelmarin dengan tujuan menyatukan orang ramai, Cik Rahayu menambah:

"Saya berasa terdorong apabila mendapat tahu bahawa BTSS bersedia menyokong mereka dalam semua peringkat perjalanan."

"Di Singapura, barah otak dan sistem pusat saraf merupakan barah yang ketiga dan keenam yang biasa menjejas mereka berusia 30 tahun ke bawah - masing-masing bagi kaum lelaki dan wanita." - Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg