Topik diikuti
Pergi ke BHkuAcara Dana Masyarakat jaya kumpul $2.3j untuk 80 badan
Premium
Acara Dana Masyarakat jaya kumpul $2.3j untuk 80 badan
Jan 23, 2018 | 5:30 AM
Acara Dana Masyarakat jaya kumpul $2.3j untuk 80 badan

SERTAI KEGIATAN: Encik Chan Chun Sing (dua dari kiri barisan hadapan) dan Encik Phillip Tan (di kirinya) bermain permainan Kod Braille dengan perkataan 'inklusif', bersama Mohd Eyzra (duduk, berbaju kuning di kiri), seorang peserta di acara 'Charity in the Park 2018', kelmarin. - Foto DANA MASYARAKAT -
SEKITAR $2.3 juta untuk 80 badan khidmat sosial berjaya dikumpulkan dalam satu acara Dana Masyarakat dipanggil 'Charity in the Park 2018', kelmarin.
Acara yang dilangsungkan di Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa (RWS) itu telah menarik lebih 4,000 penderma, relawan, pengguna khidmat sosial dan penjaga mereka.
