Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara khas hargai sumbangan Lee Kuan Yew di perbarisan Hari Kebangsaan

Apr 8, 2015 | 11:57 AM
MENGENANG TOKOH: Acara khas bakal diadakan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini sebagai menghargai sumbangan mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew, dalam membangunkan negara ini selama lebih lima dekad. - Foto FAIL
MENGENANG TOKOH: Acara khas bakal diadakan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini sebagai menghargai sumbangan mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew, dalam membangunkan negara ini selama lebih lima dekad. - Foto FAIL -

PERBARISAN Hari Kebangsaan tahun ini bakal diisi dengan acara khas - menghargai sumbangan mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew, kepada negara.

Ini diumumkan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, di akaun Facebook beliau tadi.

"Sebagai tanda memperingati sumbangan beliau, kerusi kosong mendiang akan tetap bersama kita, sedang kita menonton acara di Padang," ujar Dr Ng.

Mendiang Lee meninggal dunia pada 23 Mac lalu pada usia 91 tahun dan telah menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan setiap tahun sejak yang pertama diadakan pada 1966.

"Setiap kita mengharapkan Encik Lee Kuan Yew dapat bersama untuk meraikan NDP2015 dengan seluruh warga Singapura. Ia tentunya sesuatu yang sangat istimewa, menggambarkan hasil kerja beliau sepanjang hayat... tetapi tidak begitu jadinya. Kita perlu terus melangkah, seperti yang diinginkan mendiang," kata Dr Ng lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg