Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara kira detik tiba Tahun Baru meluas ke Daerah Sivik

Dec 6, 2016 | 7:54 AM
Kawasan Marina Bay semasa acara Kira Detik 2016 Singapura Marina Bay pada 31 Dis 2015.
Kawasan Marina Bay semasa acara Kira Detik 2016 Singapura Marina Bay pada 31 Dis 2015. - GAMBAR FAIL ST

DUA jalan utama di Daerah Sivik akan ditutup bagi sambutan Malam Tahun Baru tahun ini.

St Andrew's Road dan Connaught Drive akan ditutup kepada kenderaan dari 4 petang pada 31 Disember hingga 2 pagi pada 1 Jan, untuk memberi jalan kepada kegiatan daripada berkelah dan tayangan filem hingga kelas yoga dan pesta tarian.

Turut disediakan ialah Pasar Kira Detik di sebahagian Connaught Drive, dengan lebih 80 gerai kraf dan makanan.

Buat kali pertama kegiatan kira detik kedatangan Tahun Baru di Marina Bay melimpah ke Daerah Sivik, band tempatan akan membuat persembahan dari 6 petang hingga 7.30 malam di Empress Lawn dalam konsert luar pertama dalam siri baru Muzik@Empress Majlis Seni Kebangsaan.

Dari 7.30 hingga 11.45 malam, tayangan filem akan diadakan di halaman di depan Muzium Tamadun Asia dan Teater Victoria Theatre dan Dewan Konsert Victoria.

Dari 9 malam hingga tengah malam, Lembaga Penggalak Kesihatan menganjurkan Parti Kira Detik Kesihatan di St Andrew's Road.

Galeri Kebangsaan Singapura, Muzium Tamadun Asia dan Teater Victoria dan Dewan Konsert Victoria akan terus dibuka hingga tengah malam pada 31 Dis.

Semua ini sebahagian daripada Kira Detik Singapura Marina Bay, yang dipersembahkan bersama oleh Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Esplanade. Maklumat lanjut boleh didapati di marinabaycountdown.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg