Acara lari bersama orang berkeperluan khas
Aug 26, 2018 | 6:44 PM
ACARA LARIAN INKLUSIF: Lebih 2,000 peserta termasuk 571 individu berlari bersama dalam acara larian 'Run for Inclusion 2018' di Stadium Bishan. - Foto ATIYYAH MOHD SAID
Lebih 2,000 peserta termasuk 571 individu berkeperluan khas menyertai acara larian Run for Inclusion 2018 di Stadium Bishan petang tadi (26 Ogos).
Acara larian ini yang diadakan buat tahun keempat oleh sebuah koperatif, Runnninghour, merupakan satu-satunya acara di sini yang melibatkan orang awam berlari bersama golongan berkeperluan khas.
Namun buat kali pertama tahun ini, segmen larian empati turut dianjurkan bagi menggalak orang awam mengalami sendiri kesukaran serta cabaran yang dialami golongan berkeperluan khas.

