Topik diikuti
Pergi ke BHkuAd-Diyar perluas konsultasi halal jelang 2027
Cerminkan aspirasi jadi pusat rujukan bagi huraian menyeluruh buat industri makanan dan minuman, di samping kekal komitmen terhadap usaha kemanusiaan
Menjelang 2027, Ad-Diyar Consultancy terus mengambil langkah memperluas skop perkhidmatannya dengan menawarkan konsultasi pensijilan halal, sekali gus melengkapkan kepakaran syarikat itu dalam bidang perundingan pelesenan makanan di bawah Agensi Makanan Singapura (SFA).
Langkah strategik ini diambil berikutan peningkatan permintaan daripada pelanggan sedia ada yang ingin mendapatkan khidmat perundingan pelesenan SFA.
Semakin ramai pengusaha makanan dan minuman memerlukan bimbingan menyeluruh dalam memenuhi keperluan pelesenan, bukan bagi mendapatkan pensijilan halal sahaja, malah meningkatkan keyakinan pengguna serta memperluas peluang perniagaan mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Demikian menurut Pengarah Eksekutif Ad-Diyar Consultancy, Encik Mohamad Abdullah.
Beliau berkata, perkhidmatan konsultasi pensijilan halal Ad-Diyar Consultancy akan diterajui asatizah bertauliah dan diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Singapura.
“Melalui perkhidmatan baru ini, Ad-Diyar Consultancy akan membantu syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara menyeluruh, menyediakan dokumentasi yang diperlukan, menilai prosedur operasi, mengenal pasti aspek pematuhan serta membimbing pelanggan sepanjang proses permohonan hingga pensijilan diperoleh.
“Perkhidmatan ini mencerminkan aspirasi Ad-Diyar Consultancy menjadi pusat rujukan yang menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada industri makanan dan minuman di Singapura.
“Pada masa yang sama, Ad-Diyar Consultancy terus mengekalkan komitmennya terhadap usaha kemanusiaan, yang menjadi sebahagian daripada identiti syarikat ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” ujar Encik Mohamad.
Sempena Rabiulawal ini, Ad-Diyar Consultancy turut memperkenal satu inisiatif baru, iaitu Program Tajaan Hidangan Tharid.
Menurut Encik Mohamad, tharid ialah hidangan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam tradisi Islam dan disebut dalam hadis Rasulullah saw.
Hidangan roti yang direndam dalam kuah daging ini bukan setakat satu makanan mengenyangkan, malah melambangkan nilai kesederhanaan, kebersamaan dan kepedulian terhadap golongan memerlukan, ujar beliau.
Menerusi program ini, orang ramai berpeluang menaja hidangan tharid untuk diagih sepanjang Rabiulawal, sekali gus menyemarakkan sunah pemberian makanan serta menzahirkan kasih sayang dan perpaduan kepada mereka yang terkesan akibat krisis kemanusiaan.
Seiring perancangan hingga 2027, Ad-Diyar Consultancy komited memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat perunding dipercayai dalam industri makanan halal di Singapura, di samping terus menjadi penghubung antara masyarakat dan usaha kebajikan serta kemanusiaan pada peringkat antarabangsa.
SEKILAS
Jika anda berminat melaksana ibadah korban atau menyalurkan bantuan kemanusiaan, anda boleh menghubungi Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd di talian 8079-6450 atau melalui e-mel info@addiyar.sg atau mohamad@addiyar.sg.
Anda dialu-alu melayari laman www.addiyar.sg bagi maklumat lanjut, atau membuat janji temu di pejabat Ad-Diyar Consultancy di 390 Victoria Street, #03-04, Golden Landmark, Singapura 188061 atau lantai dua, 12A Baghdad Street, Singapura 199669 (dari 9 pagi hingga 5 petang).
