Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ada pengguna masih hadapi masalah berkaitan jalur lebar Singtel

Dec 5, 2016 | 2:34 PM
Pada Isnin (5 Dis), beberapa netizen berkata di laman Facebook Singtel mereka masih menghadapi masalah mendapatkan sambungan, walaupun syarikat telekomunikasi itu berkata perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya pada 8.25 pagi Ahad.
Pada Isnin (5 Dis), beberapa netizen berkata di laman Facebook Singtel mereka masih menghadapi masalah mendapatkan sambungan, walaupun syarikat telekomunikasi itu berkata perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya pada 8.25 pagi Ahad. - GAMBAR SINGTEL

SESETENGAH pengguna perkhidmatan jalur lebar Singtel masih menghadapi masalah berkaitan sambungan ke Internet, dengan beberapa daripada mereka berpaling pada media sosial untuk meluahkan kekecewaan.

Ini menyusuli gangguan perkhidmatan jalur lebar gentian Singtel seluruh pulau selama hampir 24 jam hujung minggu lalu.

Gangguan itu bermula pada 8.46 pagi Sabtu (3 Dis), dan Singtel berkata perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya pada 8.25 pagi Ahad.

Tetapi pada Isnin, beberapa netizen berkata di laman Facebook syarikat telekomunikasi itu mereka masih menghadapi masalah mendapatkan sambungan.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap Singtel mengulangi bahawa semua perkhidmatan jalur lebar gentian pulih sepenuhnya pada Ahad.

"Kami difahamkan bahawa sebilangan kecil pelanggan masih menghadapi kesukaran dan kami secara aktif mendekati mereka untuk membantu menyelesaikan isu sambungan mereka di premis mereka."

Beliau menambah: "Kami memohon maaf sekali lagi atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg