Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ada petanda di lantai MRT... arah tuju lebih jelas

Aug 18, 2022 | 6:16 AM
BOLEH CARI JALAN SENDIRI: Encik Baey (lima dari kiri, berkemeja putih) mendengar pandangan beberapa penumpang, termasuk Cik Emily Ong (empat dari kiri) dan Encik Rosli (enam dari kiri, berkopiah dan bertopang), semasa pelancaran inisiatif baru 'Find Your Way' di Stesen MRT Chinatown semalam. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
BOLEH CARI JALAN SENDIRI: Encik Baey (lima dari kiri, berkemeja putih) mendengar pandangan beberapa penumpang, termasuk Cik Emily Ong (empat dari kiri) dan Encik Rosli (enam dari kiri, berkopiah dan bertopang), semasa pelancaran inisiatif baru 'Find Your Way' di Stesen MRT Chinatown semalam. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

TIDAK dapat melihat papan tanda kecil di sekitar stesen MRT dan persimpangan bas, Encik Rosli Anjang Al Faqir, penghidap penyakit demensia tahap awal, sering berasa keliru dan selalu juga sesat di tempat-tempat demikian.

Namun, ketika berjalan di sekitar stesen MRT Chinatown semalam, warga berusia 58 tahun itu mendapati lebih mudah mencari arah di tempat yang luas itu dengan berpandukan inisiatif Find Your Way (Cari Jalan Anda).

Melalui kerjasama SBS Transit dan Demensia Singapura, inisiatif itu dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, semalam.

Ia bertujuan membantu mereka yang mempunyai demensia mencari arah yang betul di stesen MRT dengan selamat - sampai ke pintu keluar ke destinasi yang ingin dituju.

Ditemui semalam, Encik Rosli berkata inisiatif itu akan membolehkan beliau mencari jalan keluar dari stesen MRT itu dengan lebih mudah.

"Saya tidak dapat melihat papan tanda yang sedia ada kerana ia kecil bagi saya.

"Dengan adanya pelekat yang terdapat di lantai dan sekeliling stesen MRT, ia membolehkan saya mengenali pintu keluar yang saya ingin tuju dengan lebih mudah," katanya.

Laporan lanjut - Muka 3

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg