Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ADB rendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia, Singapura

Mar 30, 2016 | 12:12 PM
Prospek lebih lemah bagi China tahun ini antara sebab Bank Pembangunan Asia (ADB) merendahkan unjurannya mengenai pertumbuhan ekonomi rantau membangun Asia.
Prospek lebih lemah bagi China tahun ini antara sebab Bank Pembangunan Asia (ADB) merendahkan unjurannya mengenai pertumbuhan ekonomi rantau membangun Asia. - GAMBAR FAIL REUTERS

MANILA: Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi rantau membangun Asia, termasuk Singapura, memberi halangan global dan prospek lebih lemah untuk China sebagai penyebabnya.

Rantau membangun Asia akan berkembang 5.7 peratus tahun ini dan pada 2017, kata ADB, yang berpangkalan di Manila, dalam Ramalan Pembangunan Asia terkini yang dikeluarkan pada Rabu (30 Mac).

Dalam laporan tinjauan Disember lalu, ADB mengunjurkan pertumbuhan 6 peratus bagi rantau membangun Asia, yang dibentuk 45 negara di Asia Pasifik, tahun ini.

Rantau itu , berkembang 5.9 peratus tahun lalu.

Bagi Singapura, bank itu meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2 peratus tahun ini, turun daripada unjuran 2.3 peratus pada Disember lalu, dan 2.2 peratus pada 2017.

Ekonomi Singapura berkembang 2 peratus tahun lalu.

Bagi Asia Tenggara, ia meramalkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun ini, daripada 4.4 peratus tahun lalu, dan 4.8 peratus pada 2017.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg