Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adik-beradik antara mangsa nahas di Lucky Plaza

Dec 30, 2019 | 2:44 PM
NAHAS: Sebuah kereta melanggar pagar besi di Nutmeg Road dan terhempas beberapa meter dekat laluan keluar dari tempat letak kereta Lucky Plaza.
NAHAS: Sebuah kereta melanggar pagar besi di Nutmeg Road dan terhempas beberapa meter dekat laluan keluar dari tempat letak kereta Lucky Plaza. - Foto GIN TAY

YANG seorang meninggal dunia manakala seorang lagi pula dirawat di hospital.

Pasangan adik-beradik itu merupakan antara enam mangsa warga Filipina dalam nahas di Lucky Plaza semalam (29 Disember).

Kemalangan itu turut mengorbankan seorang lagi wanita.

Kesemua mereka bekerja sebagai pembantu rumah di sini dan merupakan kawan rapat.

Dua wanita yang meninggal dunia itu berusia 41 dan 50 tahun manakala baki empat mangsa yang cedera - 37 hingga 56 tahun - kini dirawat di Hospital Tan Tock Seng.

Menurut akhbar The Straits Times, wanita yang terkorban itu ialah Abigail Danao Leste dan Arlyn Picar Nucos.

Mereka telah bekerja di Singapura selama lebih 20 tahun.

Pengerusi Pusat Pekerja Domestik, Encik Yeo Guat Kwang, berkata keenam-enam mangsa itu sering bertemu pada hujung minggu.

"Mereka sudah lama bekerja dan menyumbang kepada keluarga setempat selama ini.

"Tentunya kami ingin melakukan yang terbaik untuk membantu mereka," ujarnya.

Encik Yeo turut menggesa orang awam menghormati keluarga mangsa dan tidak menyebarkan gambar atau video yang menunjukkan nahas itu di media sosial.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg