Topic followed successfully
Go to BHkuAdmiral Thai lawat Singapura
Admiral Thai lawat Singapura
Admiral Thai lawat Singapura
MENTERI Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah bertemu dengan Admiral (ADM) Somprasong Nilsamai dari Angkatan Laut Diraja Thailand (RTN) di ibu pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.
Dalam pertemuan itu, mereka mengesahkan semula hubungan akrab Singapura dan Thailand di samping berbincang cara untuk meneruskan kerjasama pertahanan antara Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan RTN.
ADM Somprasong, yang berada di Singapura dari 7 hingga 8 Jun 2022 untuk lawatan pengenalan, turut mengunjungi Dr Ng, Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Panglima Tentera Laut Aaron Beng selepas memeriksa barisan kehormatan di Mindef.
Lawatan beliau menggariskan hubungan pertahanan yang kukuh antara Singapura dan Thailand.
Kedua-dua tentera laut kerap berinteraksi melalui lawatan berperingkat tinggi, pertukaran profesional, dan latihan dua hala seperti Latihan Singsiam, yang dijalankan buat kali ke-20 tahun ini.
