Topik diikuti
Pergi ke BHkuBakal mempelai dakwa ditipu bekas kakitangan Lagun Sari
Bakal mempelai dakwa ditipu bekas kakitangan Lagun Sari
Bakal mempelai dakwa ditipu bekas kakitangan Lagun Sari
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 27, 2016 | 5:30 AM
SEKUMPULAN bakal mempelai mengalami kejutan besar Sabtu lalu apabila mendapati pihak yang berurusan dengan mereka bagi mengatur pakej perkahwinan di Lagun Sari Wedding & Catering Pte Ltd tidak lagi dibenarkan menjalankan sebarang urus niaga kewangan bagi pihak syarikat tersebut.
Bekas perancang perkahwinan berkenaan, Encik Sunato Zaidi, berusia 60-an tahun, dikatakan tidak menyerahkan wang yang dibayar pelanggan kepada syarikat yang terletak di Bangunan OCN di Joo Chiat Road itu.