Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aduan terhadap kontraktor ubah elok naik 28%: Case

Jul 29, 2022 | 5:30 AM
03cc8fe8-4f86-4268-b77b-9d55af09e3d8
-

SEBANYAK 807 aduan terhadap kontraktor ubah elok telah dibuat dengan Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada separuh pertama tahun ini.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 28 peratus daripada 627 kes aduan yang diterima mengenai industri itu dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata persatuan itu dalam satu kenyataan semalam.

Case menerima 1,300 aduan terhadap kontraktor ubah elok tahun lalu, naik daripada 869 aduan pada 2020.

Sekitar dua pertiga daripada aduan tahun ini berkaitan dengan kontraktor ubah elok yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual dan hasil kerja yang tidak memuaskan.

Industri ubah elok rumah menerima jumlah aduan tertinggi dalam tempoh ini, diikuti dengan industri elektrik dan elektronik, industri kecantikan dan penjualan kereta dan motor, yang kesemuanya menerima lebih banyak aduan berbanding tahun lalu.

Case menerima 7,960 aduan daripada pengguna dari Januari hingga Jun lalu, peningkatan 9 peratus daripada 7,260 aduan yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Presiden Case, Encik Melvin Yong, mengaitkan kenaikan itu kepada peningkatan dalam aktiviti perniagaan dan transaksi pengguna sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan.

"Case akan terus memantau amalan tidak adil terhadap pengguna.

"Dalam pada itu, kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengukuhkan lagi perundangan perlindungan pengguna di Singapura," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg