Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AGC rujuk kes kemungkinan salah laku profesional oleh Suet Fern kepada Persatuan Guaman

Jan 7, 2019 | 4:43 PM
DIRUJUK KE PERSATUAN GUAMAN: AGC berkata Cik Lee tampaknya telah menyediakan wasat terakhir mendiang Encik Lee dan mengatur agar beliau melaksanakannya walaupun suami Cik Lee merupakan salah seorang benefisiari dalam wasiat itu.
DIRUJUK KE PERSATUAN GUAMAN: AGC berkata Cik Lee tampaknya telah menyediakan wasat terakhir mendiang Encik Lee dan mengatur agar beliau melaksanakannya walaupun suami Cik Lee merupakan salah seorang benefisiari dalam wasiat itu. - Foto STAMFORD LAW

PEJABAT Peguam Negara (AGC) telah merujuk kepada Persatuan Guaman satu kes kemungkinan salah laku profesional oleh Cik Lee Suet Fern, yang merupakan menantu Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew, semasa beliau menyediakan wasiat terakhirnya.

Menerusi satu kenyataan hari ini (7 Januari), AGC berkata rujukan itu bukan berkaitan dengan kesahihan wasiat terakhir mendiang Encik Lee.

Perkembangan terbaru itu merupakan yang terkini dalam perselisihan yang berlarutan antara Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan adik-beradiknya, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, berkaitan nasib rumah bapa mereka di 38 Oxley Road.

Menyedari bahawa terdapat kemungkinan kes salah laku profesional oleh Cik Lee, AGC berkata ia mempunyai tanggungjawab menangani salah laku oleh peguam.

Tambahnya, pihaknya perlu menimbangkan sekiranya hal tersebut sama ada kes itu harus dirujuk kepada Persatuan Guaman di bawah seksyen 85 (3) Akta Kerjaya Guaman.

AGC berkata Cik Lee seolah-olah telah menyediakan wasiat terakhir mendiang Encik Lee dan mengaturkan agar beliau melaksanakannya meskipun suaminya, Encik Lee Hsien Yang, merupakan salah seorang benefisiari dalam wasiat tersebut.

Ia menyatakan bahawa bahagian Encik Lee Hsien Yang bertambah dalam wasiat terakhir itu, manakala Encik Lee Hsien Yang pula telah mendedahkan secara terbuka bahawa wasiat terakhir itu telah dilakarkan oleh Cik Kwa Kim Li daripada firma guaman Lee & Lee.

Bagaimanapun, Cik Kwa telah menafikan yang beliau melakarkannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg