Agensi baru selia keselamatan makanan dibentuk April depan
Premium
Agensi baru selia keselamatan makanan dibentuk April depan
Dinaungi Kementerian Sekitaran dan Sumber Air; ambil alih fungsi yang kini dijalankan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA)
Agensi Makanan SingapuraSFAkementerian sekitaran dan sumber airMEWRPenguasa Pertanian-Makanan dan TernakanAVAAgensi Sekitaran KebangsaanneaPenguasa Sains KesihatanHSA
Jul 27, 2018 | 5:30 AM
LAWATAN KE SYARIKAT MAKANAN: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kiri) dan Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee (kiri) mendengar penerangan yang disampaikan pegawai syarikat makanan The Soup Spoon Pte Ltd semasa mengadakan lawatan ke syarikat itu di Buroh Lane, Jurong West, semalam. - Foto LIANHE ZAOBAO -
SEBUAH badan pemerintah baru, Agensi Makanan Singapura (SFA), akan ditubuhkan pada 1 April depan untuk mengendali keselamatan dan perlindungan makanan di negara ini.
Badan berkanun itu akan berada di bawah naungan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), dan akan mengambil alih fungsi berkaitan makanan yang buat masa ini dijalankan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

