Agensi Home Team seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) terus menggunakan teknologi bagi mempertingkat keupayaan masing-masing dalam memerangi pengganasan.

SPF pada 2023 melancarkan robot peronda di hab pengangkutan utama dan pertubuhan polis atau yang dilindungi polis.