Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA minta lebih banyak maklumat mengenai video sosej yang didakwa mengeluarkan cacing 'putih'

Nov 7, 2019 | 8:16 AM
Dalam video yang dimuatkan, cacing putih dapat dilihat setelah sosej direndam dalam air.
Dalam video yang dimuatkan, cacing putih dapat dilihat setelah sosej direndam dalam air. - VIDEO/ SINGAPORE INCIDENTS

AGENSI Makanan Singapura (SFA) meminta lebih banyak maklumat setelah satu video yang mendakwa sosej ayam beku mengeluarkan cacing putih.

Dalam video di Youtube yang dimasukkan Isnin lalu (4 November), dua lelaki dan seorang wanita membincangkan mengenai cacing putih yang timbul dalam air setelah sosej itu direndam dalam air.

Sosej itu didakwa dari jenama Valley Chef dari Amerika Syarikat. Ia dikatakan dibeli di sebuah pasar raya setempat di sini.

SFA, dalam Facebooknya, berkata ia sedar akan video yang disebarkan mengenai sosej ayam itu.

"Kami menggalak pengguna yang mempunyai lebih banyak maklumat mengenai video itu atau menghadapi isu yang sama untuk memberikan perincian lanjut melalui borang maklum balas dalam talian,'' kata SFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg