Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agih pelitup percuma: Beberapa tempat habis

Yayasan Temasek tegas bekalan cukup, boleh ambil hari, tempat lain
Aug 27, 2021 | 5:30 AM
PELITUP PERCUMA: Orang ramai beratur dapatkan pelitup percuma di Bishan Junction 8 semalam. Hari pertama pengagihan pelitup oleh Yayasan Temasek berjalan lancar meskipun stok dilaporkan kehabisan di sesetengah tempat. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
PELITUP PERCUMA: Orang ramai beratur dapatkan pelitup percuma di Bishan Junction 8 semalam. Hari pertama pengagihan pelitup oleh Yayasan Temasek berjalan lancar meskipun stok dilaporkan kehabisan di sesetengah tempat. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

BEBERAPA tempat yang mengagihkan pelitup percuma kehabisan stok sekitar tengah hari semalam, pada hari pertama pengagihan pelitup oleh Yayasan Temasek.

Setiap isi rumah boleh menerima 50 pelitup pembedahan bergred perubatan dan 25 pelitup pernafasan N95 di pusat beli-belah dan pasar raya terpilih di seluruh negara mulai semalam hingga 26 September.

Ini agihan kelima serupa itu oleh Yayasan Temasek.

Orang ramai mula beratur sejam sebelum pengagihan bermula di beberapa pusat beli-belah pagi semalam, dengan duta jarak selamat mengingatkan mereka untuk memastikan jarak selamat semasa beratur.

Di pusat beli-belah Lot One di Choa Chu Kang misalnya, kakitangan di pusat beli-belah itu dilihat mengarahkan mereka yang datang awal untuk datang lagi kemudian atau mengimbas kod QR dan beratur secara maya.

Di pusat beli-belah Junction 8 di Bishan pula, kebanyakan orang yang beratur merupakan warga emas, dengan ada di antara mereka yang tidak senang perlu menunggu untuk mendapatkan pelitup mereka.

Bagaimanapun, proses pengagihan berjalan lancar selepas ia bermula, dengan orang ramai beratur dan mengambil pelitup mereka dengan teratur.

Orang ramai perlu membawa bil utiliti SP mereka untuk mendapatkan pelitup itu.

Tiada beg akan diberi dan mereka yang tidak membawa beg dilihat membawa kotak pelitup itu dalam tangan mereka.

Encik Habi, yang mempunyai satu nama sahaja, menyambut baik langkah menggunakan bil SP itu untuk mendapatkan pelitup tersebut berbanding menggunakan kad pengenalan.

"Saya bimbang kalau mereka memerlukan kad pengenalan, ia mungkin tercicir apabila warga emas menggunakannya.

"Saya pun tak kisah bawa beg sendiri kerana pelitup yang diberi itu kan percuma," ujar pekerja kilang penapisan berusia 60 tahun itu yang mendapatkan pelitupnya dari Lot One.

Di beberapa tempat pula, stok pelitup yang diagihkan sudah habis sekitar tengah hari.

Namun, Yayasan Temasek memberi jaminan bahawa terdapat stok yang mencukupi bagi pelitup itu dan orang ramai boleh pergi ke tempat pengagihan lain atau datang semula pada hari lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg