Topik diikuti
Pergi ke BHkuAgihan daging korban 'Qurban Drive' manfaat sekitar 750 keluarga
Aug 17, 2020 | 5:30 AM
Agihan daging korban 'Qurban Drive' manfaat sekitar 750 keluarga
SEBANYAK 2,000 kilogram daging korban beku telah diagihkan kepada sekitar 750 penerima bantuan di serata negara semalam, sebagai sebahagian daripada acara tahunan Qurban Drive yang dianjurkan Darul Arqam (gambar atas).
Selain daging korban yang ditaja bersama oleh Al-Falah Academy SG, Hezom International dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), setiap keluarga juga menerima sepaket nasi beriani tajaan Darul Arqam.