Premium
Agihan pelitup bagi warga SG tenang
Feb 3, 2020 | 5:30 AM
TIDAK CEMAS ATAU PANIK: Penduduk mengambil pelitup percuma di pusat Jawatankuasa Penduduk di Blok 47 Telok Blangah Drive semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
HAMPIR 6 peratus keluarga di Singapura telah mengambil pelitup mereka pada di akhir hari pertama pengagihan pelitup percuma kelmarin, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.
"Orang ramai bersikap sangat tenang, dengan warga Singapura dan keluarga mereka datang berterusan mengambil pelitup mereka. Tiada sebarang laporan mengenai rasa cemas atau panik," katanya selepas satu lawatan ke pusat pengambilan pelitup di pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) di Blok 47, Telok Blangah Drive semalam.

