Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AGO dapati SkillsFuture Singapore terlebih bayar $4.22 juta

Jul 20, 2022 | 3:13 PM
feafb065-6790-4597-9cac-5d083adae5b9
- Foto: SPH

Agensi pemerintah yang bertanggungjawab ke atas pembelajaran sepanjang hayat terlebih bayar sekitar $4.22 juta akibat kesilapan dalam pengurusan geran-gerannya, kata Pejabat Auditor Negara (AGO).

Dalam audit tahunannya ke atas akaun-akaun pemerintah, AGO berkata ia juga mengisyaratkan bahawa SkillsFuture Singapore (SSG) lemah dalam menguatkuasakan kutipan dana Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) bermula 2015 hingga 2020, menyebabkan hutang sekitar $43 juta kepada agensi itu sehingga April lalu.

AGO memperhalusi semua itu dan dapatan lain dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini (20 Julai) ke atas akaun pemerintah bagi tahun kewangan 2021/2022.

Ia juga mengeluarkan pandangan audit yang tidak diubah mengenai kenyataan kewangan pemerintah, serta lembaga berkanun, empat syarikat milik pemerintah dan dua akaun lain.

Ini bermakna ia berpuas hati dengan kenyataan kewangan yang diaudit, dan kenyataan tersebut telah memenuhi keperluan dan disediakan mengikut piawai perakaunan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg