Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AGO: NParks, MOE buat bayaran lebih, laporan tahunan kewangan terkini

Silap penilaian, pembayaran mungkin sebabkan NParks buat bayaran berlebihan $1.9j kepada kontraktor
Jul 17, 2024 | 7:54 PM
NParks menyatakan ia sedang menyemak dan mengemas kini kontraknya, bagi memastikan kerja yang dijalankan mengikut syarat  kontrak.
NParks menyatakan ia sedang menyemak dan mengemas kini kontraknya, bagi memastikan kerja yang dijalankan mengikut syarat kontrak. - Foto ST

Beberapa agensi pemerintah melakukan kesilapan dalam beberapa aspek, termasuk perolehan dan pengurusan kontrak, dalam audit tahunan akaun pemerintah terkini.

Lembaga Taman Negara (NParks) membuat bayaran berlebihan sekitar $1.93 juta kepada beberapa kontraktor bertanggungjawab membina dan menaik taraf beberapa taman dan kawasan lapang di Singapura, menurut Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).

Kementerian Pendidikan (MOE) pula membuat bayaran bagi kerja yang tidak dijalankan atau tidak disiapkan mengikut syarat kontrak.

Kesilapan itu mengakibatkan bayaran berlebihan sekitar $317,000 kepada kontraktor MOE.

Demikian antara beberapa kesilapan yang dipaparkan dalam laporan audit itu, yang dikeluarkan pada 17 Julai, sehari selepas ia dibentangkan kepada Parlimen, lapor The Straits Times.

Laporan bagi tahun kewangan 2023/2024 itu meliputi penyata kewangan tiga badan berkanun, empat syarikat milik pemerintah, dan dua akaun lain, serta penyata kewangan pemerintah.

Ini merangkumi akaun bagi kesemua 16 kementerian dan lapan badan negara.

Ia menunjukkan tiga aspek utama kesilapan ditemui, iaitu pengurusan perolehan dan kontrak, pengurusan geran, dan pengurusan hasil dan kutipan.

AGO juga menjalankan audit bertema terhadap beberapa langkah sokongan keibubapaan yang ditadbir oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).

Pemerintah membelanjakan $4.55 bilion di bawah skim tersebut semasa tempoh audit dari April 2021 hingga akhir Jun 2023.

Dalam pada itu, NParks, MOE dan Politeknik Nanyang (NYP) telah memfailkan laporan polis selepas AGO mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam rekod yang disediakan institusi tersebut.

Dalam satu kenyataan mengenai laporan itu, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan pemerintah memandang serius terhadap semua pemerhatian AGO.

Pemeriksaan ujian ke atas dua kontrak bertempoh NParks mendapati 42 kesilapan, termasuk beberapa kes apabila bayaran penuh dibuat untuk kerja yang tidak dilakukan mengikut spesifikasi, selain kelemahan dalam penilaian kerja yang telah dilakukan, dan pembayaran berganda.

NParks mungkin membuat bayaran berlebihan berjumlah $1.93 juta kepada beberapa kontraktor untuk kerja tersebut, iaitu 18 peratus daripada jumlah nilai bagi 60 arahan kerja yang diperiksa.

Arahan kerja itu dikeluarkan dari April 2020 hingga Mac 2023 dan bernilai $10.56 juta kesemuanya.

AGO mendapati 18 kes melibatkan NParks membuat bayaran penuh untuk kerja yang tidak dilakukan mengikut syarat, yang mungkin mengakibatkan bayaran berlebihan sebanyak $1.27 juta kepada beberapa kontraktor.

Dalam satu kes, NParks mengarahkan pembinaan dua laluan berumput dan berbatu kelikir sepanjang 1.2 kilometer.

Bagaimanapun, kontraktor berkenaan sebaliknya menggunakan habuk kuari yang lebih murah. Namun, NParks membayarnya mengikut harga kontrak asal.

Ini mungkin mengakibatkan bayaran berlebihan $810,000.

AGO menyebutkan satu lagi kes melibatkan satu kontraktor memasang penanda jarak diperbuat daripada keluli setebal 3.2 milimeter (mm), dan bukannya penanda keluli setebal 5 mm yang diminta NParks.

Namun, NParks tetap membayar kontraktor tersebut mengikut harga bagi penanda lebih tebal, yang mungkin menyebabkan bayaran berlebihan $250,000.

AGO menyatakan NParks perlu menambah baik pengawasan dan pengurusan kontrak bertempoh.

NParks menyatakan ia sedang menyemak dan mengemas kini kontraknya, bagi memastikan kerja yang dijalankan mengikut syarat kontrak.

AGO turut mendapati MOE gagal mengurus dengan betul tiga kontrak pembinaan sekolah yang diurus oleh syarikat konsultan. Nilai kontrak berjumlah $171.8 juta itu adalah untuk dua sekolah rendah dan sebuah maktab rendah.

Antara lain, ia mendapati $49,400 dibayar bagi 900 lokar pelajar yang tidak dipasang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg