Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli akademik Norshahril Saat Bawean Teladan

May 15, 2023 | 4:27 PM
PENERIMA ANUGERAH: Dr Norshahril Saat (dua dari kiri) menerima Anugerah Bawean Teladan daripada tetamu terhormat Encik Yatiman Yusof (dua dari kanan), sambil disaksikan Encik Faizal Wahyuni (kanan) dan Cik Salamah Abdoll, Naib Presiden 1 PBS (kiri). - Foto PBS
PENERIMA ANUGERAH: Dr Norshahril Saat (dua dari kiri) menerima Anugerah Bawean Teladan daripada tetamu terhormat Encik Yatiman Yusof (dua dari kanan), sambil disaksikan Encik Faizal Wahyuni (kanan) dan Cik Salamah Abdoll, Naib Presiden 1 PBS (kiri). - Foto PBS -

ZAMIL Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menjadi penerima ke-10 Anugerah Bawean Teladan yang disampaikan petang Sabtu. Dr Norshahril, 40 tahun diberi pengiktirafan tersebut atas pencapaian, serta sumbangan beliau bukan sahaja untuk masyarakat Muslim setempat, malah di peringkat nasional juga. Ini dinyatakan, Presiden Persatuan Bawean Singapura (PBS), Encik Faizal Wahyuni, semasa dihubungi wartawan. "Pencapaian beliau bukan sahaja di peringkat akademik, malah beliau juga menabur bakti kepada masyarakat," katanya. Diminta komennya, Dr Norshahril, yang juga pengerusi di Yayasan Warisan Melayu menganggap penyampaian tersebut merupakan pengiktirafan dalam kerjayanya sebagai pengamat politik dan kemasyarakatan. "Dengan dorongan ini, saya harap dapat melakukan lebih lagi buat masyarakat demi kemajuan masyarakat Bawean, Melayu, dan juga kebangsaan. "Saya beranggapan bahawa setiap orang boleh menjadi teladan jika kita melakukan pekerjaan kita dengan baik. Saya ambil teladan daripada keluarga saya sendiri, dan juga leluhur masyarakat Bawean, yang bersemangat membantu sesama kita," katanya, yang juga bilal solat Jumaat di salah sebuah masjid di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg