AI bantu LRT Bt Panjang tingkat keselamatan penumpang
Jul 6, 2023 | 7:53 PM
TINGKAT KESELAMATAN PENUMPANG: Sistem iSafe menggunakan 104 kamera serta kaedah video analitik dan kecerdasan buatan (AI) bagi memantau keadaan secara langsung di landasan platform dan memberi amaran kepada kakitangan SMRT jika terdapat seorang yang memasuki kawasan trek. - Foto ST
Sistem analitik video yang merangkumi 104 kamera telah dipasang di kesemua 13 platform stesen Laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) dengan tujuan meningkatkan keselamatan penumpang.
Dipanggil iSafe, sistem yang dilancar pengendali rel SMRT pada Khamis itu menggunakan kaedah kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengesan orang yang memasuki kawasan landasan kereta api atau berada di pinggir platform dan memberi amaran kepada kakitangan SMRT jika perkara demikian berlaku.
Menerusi kamera yang dipasang di tempat-tempat tertentu dan analitik video, sistem itu dapat memantau secara langsung keadaan di trek 24 jam sehari dan menghantar rakaman itu ke pusat kawalan operasi di depoh.
Laporan berkaitan
Sistem iSafe pantau keselamatan penumpang di LRT Bukit Panjang Jul 6, 2023 | 7:18 PM
SMRT akan perkenal sistem analitik pada LRT Bukit Panjang May 22, 2023 | 6:29 PM


