Topik diikuti
Pergi ke BHkuAidiladha lebih bermakna bersama projek kemanusiaan Al-Qiblah International
Aidiladha lebih bermakna bersama projek kemanusiaan Al-Qiblah International
Aidiladha lebih bermakna bersama projek kemanusiaan Al-Qiblah International
Menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha, Al-Qiblah International Consultants, sekali lagi melancarkan projek khas bertema, ‘Menggembirakan Fakir Miskin, Anak-anak Yatim dan Pelajar Pesantren’.
Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun sejak penubuhannya, syarikat itu terus komited menyantuni ribuan penduduk di kawasan pedalaman serta pulau terpencil di Indonesia dan Kemboja, sekali gus memastikan manfaat ibadah korban sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Bagi pihak Al-Qiblah, pelaksanaan ibadah korban bukan sekadar satu program tahunan, malah merupakan amanah besar yang menuntut ketelitian, keikhlasan dan tanggungjawab yang tinggi.
Menurut pengasasnya, Ustaz Azmi Abdul Samad, beliau dan pasukan petugas Al-Qiblah akan turun padang ke tempat pelaksanaan bagi memantau setiap peringkat proses korban secara langsung.
Langkah ini diambil bagi memastikan segala urusan, daripada pemilihan haiwan, penyembelihan mengikut syariat, sehinggalah pengagihan daging kepada golongan sasaran, dilaksanakan dengan sempurna, telus dan menepati tuntutan ibadah.
Komitmen itu mencerminkan kesungguhan Al-Qiblah dalam menjaga kepercayaan mereka yang melaksana korban, di samping memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada fakir miskin, anak-anak yatim serta masyarakat pedalaman yang memerlukan.
“Kami hanya memilih kawasan yang kami yakini dapat menyempurnakan ibadah dan amanah jemaah.
“Al-Qiblah tidak menggunakan ejen luar yang tidak dikenali bagi menjamin ketelusan,” jelas Ustaz Azmi mengenai prinsipnya yang hanya mengutamakan kawasan yang boleh dipantau secara langsung berbanding zon konflik atau bencana.
Kehadiran Ustaz Azmi bersama temannya setiap tahun membawa sinar harapan kepada penduduk kampung yang hidup serba kekurangan.
Bagi mereka, Aidiladha adalah antara waktu yang paling dinantikan.
Antara penerima agihan ialah Encik Supardi, 65 tahun, dari kampung terpencil di Indonesia.
Meluahkan rasa syukur yang mendalam, beliau berkata: “Kehadiran Al-Qiblah membawa rahmat besar. Selain menikmati daging kami, kami rasa sangat dihargai oleh warga Singapura.
“Terima kasih kerana memberi kami peluang merasakan kemeriahan Aidiladha setiap tahun.”
Menariknya, bagi projek Al-Qiblah, hampir seluruh bahagian haiwan yang disembelih dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan penduduk, termasuk kepala, kaki, usus, kulit, dan bulu.
Lebih istimewa, sebahagian yuran penyertaan akan digunakan bagi pembelian Al-Quran untuk disumbangkan ke madrasah dan pesantren atas nama semua peserta.
Ini memberi peluang kepada peserta meraih pahala berganda – ibadah korban dan juga pahala jariah yang berterusan.
Harga pakej dikekalkan seperti 2025, iaitu $220 bagi seekor kambing dan $1,250 bagi seekor lembu.
SEKILAS:
Mereka yang ingin menyertai projek ini boleh mendaftar secara dalam talian di Facebook Al-Qiblah, kunjungi laman web di pautan, www.alqiblah.com.sg, atau hadir terus ke Toko Buku Haji Hashim di Joo Chiat Complex. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian di WhatsApp: 9791-6000.
