Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Air hujan masuk stesen MRT Marymount akibat hujan lebat di Bishan

Apr 7, 2018 | 7:20 PM
MASUK AIR: Pekerja dilihat membersihkan air di stesen MRT Marymount sekitar 6 petang pada 7 April.
MASUK AIR: Pekerja dilihat membersihkan air di stesen MRT Marymount sekitar 6 petang pada 7 April. - Foto PEMBACA THE STRAITS TIMES

HUJAN lebat di kawasan Bishan hari ini (7 April) menyebabkan air hujan memasuki stesen MRT Marymount.

Menurut akhbar The Straits Times, beberapa pekerja dilihat sedang membersihkan stesen itu sekitar 6 petang tadi.

Agensi air negara PUB juga telah mengeluarkan amaran banjir bagi Bishan sebelum itu.

Menerusi laman Twitter PUB pada 4.45 petang, mereka berkata paras air di salah satu stesennya yang mengukur paras air di Bishan Road - SG Kallang - sudah pun mencecah 100 peratus.

Sementara itu, paras air di longkang besar di kawasan Boon Keng pula naik akibat hujan lebat, sehingga menyebabkan airnya menjadi berlumpur.

Menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), orang ramai juga boleh menjangkakan hujan dengan guruh pada waktu tengah hari esok dan lusa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg