Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akademi Teksi SG tamat operasi, diambil alih firma sewa privet Tada

Jun 30, 2022 | 5:30 AM
DIAMBIL ALIH: Pusat Akademi Teksi Singapura di Sin Ming Lane ini telah diambil alih syarikat Tada.
DIAMBIL ALIH: Pusat Akademi Teksi Singapura di Sin Ming Lane ini telah diambil alih syarikat Tada. -

AKADEMI Teksi Singapura - sebuah pusat latihan bukan mencari untung bagi pemandu teksi - telah menghentikan operasinya.

Cawangan akademi, yang sepatutnya menyambut ulang tahunnya ke-20 tidak lama lagi dan terletak di Sing Ming Lane, telah diambil alih firma pengangkutan sewa privet, Tada.

Pengarah akademi itu, Encik Wong Ho Chai, berkata pemberhentian operasi akademi itu disebabkan perubahan pada dasarnya.

Akademi itu masih didaftarkan namun didapati tidak aktif sejak awal tahun ini.

Pada 2017, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melantik ComfortDelgro sebagai institut latihan pemandu kedua bagi memenuhi permintaan yang bertambah daripada pemandu sewa privet, yang ketika itu juga diperlukan menjalani latihan untuk terus memandu.

Sukatan pelajaran latihan yang diperlukan LTA juga dikurangkan daripada 60 jam kepada 25 jam pembelajaran.

Pada 2020, pihak berkuasa telah membuka lagi 'pintu' kepada NTUC LearningHub untuk menjalankan kursus Lesen Vokasional Pemandu Teksi dan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet.

Dengan semua perubahan yang berlaku itu, akademi itu, yang telah melatih sekitar 150,000 pemandu, tiada lagi eksklusivitinya.

"Kami tidak rasa ada sebabnya untuk kami teruskan.

"Kami telah lakukan tugas kami. Dan itu sahaja," kata Encik Wong.

Akademi Teksi Singapura telah ditubuhkan pada 2002, semasa Encik Yeo Cheow Tong merupakan menteri pengangkutan.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa misinya adalah untuk "menguruskan latihan bagi kesemua pemandu teksi di sini dalam hal-hal seperti pengetahuan jalan raya, teknik memandu, etika perbualan, dan bagaimana untuk menekan brek secara mendadak."

Pada 2004, akadmemi itu telah dirasmi pembukaannya, dengan mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Seng Han Thong, selaku pengerusinya.

Encik Wong, yang telah bersama akademi itu sejak daripada mula tetapi telah menyertai kumpulan ibu syarikat Tada, MVL, berkata beliau dan rakan pengarah akademi itu, Encik Tan How Ing, masih belum memutuskan tentang apa yang akan dilakukan dengan institut itu bagi langkah selanjutnya.

"Sekiranya sesiapa berasakan bahan-bahan kepunyaan kami yang berguna, mereka bebas mengaksesnya. Jika tidak ia terbuang begitu sahaja," katanya.

Pemerhati merasakan pasaran adalah terlalu kecil untuk mempunyai tiga pusat latihan untuk pemandu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg