Topik diikuti
Pergi ke BHkuAkademi Teksi SG tamat operasi setelah hampir 20 tahun
Akademi Teksi SG tamat operasi setelah hampir 20 tahun
Akademi Teksi SG tamat operasi setelah hampir 20 tahun

AKADEMI Teksi Singapura - sebuah pusat latihan bukan keuntungan untuk para pemandu teksi - telah menghentikan operasinya. Cawangan akademi yang sepatutnya menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tidak lama lagi, yang terletak di Sing Ming Lane, telah diambil alih firma pengangkutan sewa privet, Tada. Pengarah akademi itu, Encik Wong Ho Chai, berkata pemberhentian operasi akademi itu disebabkan perubahan pada dasarnya. Akademi itu masih didaftarkan namun didapati dorman (tidak aktif) sejak awal tahun ini. Pada 2017, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melantik ComfortDelgro sebagai institut latihan pemandu kedua bagi memenuhi permintaan yang bertambah daripada pemandu sewa privet, yang ketika itu juga diperlukan menjalani latihan untuk terus memandu.
