Akhbar pelajar Berita Harian (BH), ‘Gen G’, telah meraikan golongan pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam Peraduan TikTok dan Video anjurannya pada 27 Mac.
Majlis itu diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) dan dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, sebagai tetamu terhormat.
Daripada 104 kumpulan yang mengambil bahagian, Sekolah Rendah West Spring menewaskan para pesaingnya untuk merebut tempat pertama bagi kategori sekolah rendah, manakala Sekolah Menengah Commonwealth dinobat juara bagi kategori sekolah menengah.
BH memaparkan acara dan detik-detik kemenangan pelajar-pelajar itu.
“
Saya berharap akan dianjurkan lebih banyak lagi kegiatan seperti ini dan mengenalkan lebih ramai lagi ikon-ikon bahasa, sastera dan budaya masyarakat Melayu. Dengan peluang sedemikian, para pelajar kita akan mengenali ikon masyarakat yang telah mencorak perkembangan bahasa dan budaya kita.“
Ramai daripada kita membesar dengan filem-filem Allahyarham P. Ramlee. Banyak dialog daripada filem P. Ramlee telah menjadi kata-kata hikmah dan senda gurauan dalam masyarakat kita. Gen G dan Berita Harian akan terus anjurkan kegiatan menarik bagi menarik minat pelajar dalam penggunaan Bahasa Melayu dengan cara kreatif.

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg