Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akta bagi rangkaian lokar kiriman barangan nasional

Apr 6, 2021 | 5:30 AM
09285e59-2cb8-4245-80c4-58d021abda9c
-

PINDAAN kepada Akta Khidmat Pos, yang antara lain memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk memasang dan mengendalikan sebuah rangkaian lokar kiriman barangan nasional, telah diluluskan di Parlimen semalam.

Pindaan itu juga antara lain membolehkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menjelaskan kesalahan, menguatkuasakan peraturan baru, dan memerlukan pemilik dan pemaju bangunan menyediakan ruang bagi lokar tersebut.

Rangkaian lokar kiriman barangan seluruh negara (Network) itu menyediakan kemudahan dan pilihan bagi penghantaran barangan dan boleh digunakan mana-mana penyedia khidmat penghantaran dan pasar e-dagang.

Pick Network, sebuah anak syarikat milik penuh IMDA, telah dibentuk untuk menubuhkan, memasang, mengendalikan dan menyenggara Network sebagai prasarana awam.

Menurut laporan sebelum ini, sekitar 1,000 stesen lokar di bawah Network dijangka dipasang serata negara menjelang hujung tahun ini.

Soal keselamatan Network merupakan antara keprihatinan yang ditimbulkan responden semasa konsultasi awam mengenai draf rang undang-undang itu, dengan ada yang bimbang tentang kemungkinan bahan berbahaya dan barangan haram diletakkan dalam lokar Network.

Semasa bacaan kedua rang undang-undang itu di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, berkata kesalahan diperkenalkan berkaitan dengan Network dan memberikan kuasa penguatkuasaan berhubung kesalahan itu.

"Misalnya, IMDA akan mempunyai kuasa mengarahkan pengendali Network untuk memeriksa lokar Network dan menahan sebarang barangan yang disyaki berbahaya yang ditemui di dalamnya.

"Jika sebarang barangan dalam lokar Network disyaki menimbulkan ancaman keselamatan awam atau kesihatan awam, polis dan pegawai IMDA yang dibenarkan akan mempunyai kuasa untuk memeriksa lokar Network dan merampas barangan itu," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg