Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Akta beri kuasa lebih tegas tangani jenayah dalam talian kuat kuasa 1 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akta beri kuasa lebih tegas tangani jenayah dalam talian kuat kuasa 1 Feb

Jan 30, 2024 | 06:30 PM



Bermula 1 Februari, pemerintah akan mempunyai kuasa lebih luas untuk menangani dengan lebih berkesan kegiatan dalam talian yang bersifat jenayah.

Ini termasuk dengan mengeluarkan arahan kepada mana-mana pembekal perkhidmatan dalam talian untuk mengehadkan pendedahan pengguna Singapura kepada aktiviti jenayah di platform mereka.

Kuasa tersebut adalah sebahagian Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA) yang diluluskan Parlimen pada 5 Julai 2023.

Pegawai boleh mengeluarkan arahan sedemikian apabila terdapat syak wasangka yang munasabah bahawa aktiviti dalam talian penyedia perkhidmatan dalam talian, entiti atau individu itu adalah untuk meneruskan pelakuan kesalahan tertentu.

Bagi penipuan atau aktiviti siber berniat jahat, arahan boleh dikeluarkan apabila terdapat syak wasangka atau alasan untuk mempercayai bahawa aktiviti dalam talian tersebut sedang dijalankan sebagai persediaan untuk atau bagi meneruskan pelakuan penipuan atau kesalahan aktiviti siber yang berniat jahat.

Ini akan membolehkan pemerintah secara proaktif mematahkan penipuan dan aktiviti siber berniat jahat sebelum orang ramai menjadi mangsa, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada 30 Januari.

Antara arahan yang boleh dikeluarkan termasuk Arahan Hentikan Komunikasi, Arahan Melumpuhkan (Disabling Direction), Arahan Mengehadkan Akaun, Arahan Penyekatan Akses dan Arahan Memadamkan Aplikasi.

Arahan Hentikan Komunikasi memerlukan pihak yang diberi arahan berhenti daripada menyampaikan kandungan dalam talian yang ditentukan atau kandungan lain yang serupa kepada orang di Singapura.

Arahan Melumpuhkan memerlukan penyedia perkhidmatan dalam talian untuk melumpuhkan kandungan tertentu termasuk pos atau laman web pada perkhidmatan mereka daripada pandangan orang di Singapura.

Arahan Mengehadkan Akaun pula memerlukan penyedia perkhidmatan dalam talian menghentikan akaun dalam khidmat mereka daripada berkomunikasi di Singapura atau berinteraksi dengan orang di Singapura.

Arahan Penyekatan Akses memerlukan penyedia khidmat Internet menyekat akses kepada lokasi dalam talian seperti domain web dari pandangan orang di Singapura.

Sementara itu, Arahan Memadamkan Aplikasi memerlukan stor aplikasi memadamkan aplikasi tertentu daripada boleh dimuat turun oleh orang di Singapura.

MHA berkata sebagai permulaan, arahan akan dikeluarkan kepada laman web penipuan dan aktiviti dalam talian yang benar-benar keterlaluan seperti yang berkaitan dengan ancaman kematian dan kecederaan serius, dan ancaman terhadap undang-undang dan ketenteraman.

Selain itu, OCHA juga membolehkan pemerintah mengeluarkan perintah untuk mengehadkan pendedahan lanjut kepada aktiviti jenayah yang dijalankan pada platform perkhidmatan dalam talian yang tidak mematuhi undang-undang.

Ia juga membolehkan pemerintah meminta maklumat untuk mentadbir Akta tersebut dan memudahkan penyiasatan serta prosiding jenayah.

Menjelaskan, MHA berkata pegawai dilantik, pihak berkuasa yang cekap atau pegawai yang diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana individu yang arahan atau perintah dikeluarkan ke atasnya untuk memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi pentadbiran OCHA.

Apabila terdapat syak wasangka yang munasabah bahawa kesalahan tertentu telah dilakukan, pegawai polis dan pegawai penguat kuasa boleh meminta penyedia perkhidmatan dalam talian atau pemilik lokasi dalam talian untuk memberikan maklumat yang berkaitan untuk memudahkan penyiasatan dan prosiding jenayah.

Kuasa ini juga boleh digunakan terhadap entiti yang berpangkalan di luar negara dan maklumat yang disimpan di luar negara, tambah MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >