AKTA Pekerjaan (EA) akan disemak demi memastikan pekerja bergaji lebih tinggi seperti golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME), berhak mendapat perlindungan serta syarat pekerjaan seperti cuti sakit berbayar dan pampasan bagi pemecatan tidak adil.

Hak sedemikian, yang terkandung dalam EA, kini hanya bagi pekerja biasa (bukan PME) dan golongan PME yang berpendapatan sehingga $4,500 sebulan.