Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktivis akan didakwa bantah tanpa permit

Dec 15, 2021 | 5:30 AM
GILBERT GOH: Dikatakan buat bantahan sekitar bangunan ICA.
GILBERT GOH: Dikatakan buat bantahan sekitar bangunan ICA. -

AKTIVIS tempatan Gilbert Goh akan didakwa hari ini melakukan perhimpunan awam tanpa permit dan enggan menandatangani kenyataan polis.

Pada 1 Mei, Goh, 60 tahun, dikatakan mengadakan bantahan di sekitar bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dengan mengangkat sepanduk tertera ayat bermaksud 'Harap larang semua penerbangan dari India kami tidak rasis! Hanya berhati-hati'.

Dia memuat naik gambar dia melakukan itu di laman Facebook pada hari sama, seminggu selepas Singapura melarang masuk ke sini pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang pergi ke India dalam tempoh 14 hari waktu itu.

Menurut akhbar The Straits Times, Encik Goh dikatakan enggan menandatangan kenyataannya yang diberi kepada polis semasa siasatan lanjut.

Dia diberi amaran keras kerana keengganannya menandatangani kenyataan polis dan tidak mematuhi syarat penganjur perhimpunan.

Berikutan itu, dia menulis di laman Facebook mengenai dua pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah, dan menyatakan bahawa dia "akan dipenjarakan kerana menentang".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg