Aktivis Jolovan Wham, John Tan didenda $5,000 kerana hina mahkamah
Premium
Aktivis Jolovan Wham, John Tan didenda $5,000 kerana hina mahkamah
Apr 30, 2019 | 5:30 AM
DIDENDA: Jolovan Wham (kiri) dan John Tan masing-masing didenda $5,000 kerana hina badan kehakiman. - Foto AFP, fail -
AKTIVIS Jolovan Wham dan ahli politik pembangkang John Tan Liang Joo masing-masing dikenakan denda sebanyak $5,000 semalam kerana memburuk-burukkan badan kehakiman dalam pos berasingan di Facebook.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Mahkamah Tinggi Woo Bih Li berkata, Wham tidak menunjukkan rasa kesal memandangkan dia enggan memadam pos yang dibuatkan dan memohon maaf walaupun setelah didapati bersalah pada Oktober tahun lalu.

