Pastikan tatacara sembelihan dipatuhi
ISLAM adalah agama yang menjaga kebajikan haiwan yang masih bernyawa, ketika ia hendak disembelih ataupun yang sudah disembelih.
Dalam Islam, segala-galanya telah ditetapkan dengan baik dan dipamerkan oleh Nabi saw, demi memberi manfaat kepada manusia dengan cara terbaik.
Dalam Islam juga, makanan atau daging yang dihidangkan perlu bersih dan sihat, oleh itu proses penyembelihan dari mula hingga akhir, perlulah dalam bentuk yang terbaik.
Memperoleh daging sebagai makanan dengan cara yang betul perlu diterapkan dalam diri kita sejak kecil, seperti cara kita diajar menikmati sayur dan bijirin.
Kembali kepada ajaran Islam yang tepat, inilah yang diusahakan oleh Al Falah Academy SG (AFASG). Dengan visi itu, pengasas AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz, telah berusaha mendidik semua yang terlibat daripada petani, guru, pelajar, sukarelawan dan yang lainnya bersama-sama menyediakan tempat penyembelihan yang sesuai. Menyediakan meja besi dengan semburan air bertujuan agar tempat penyembelihan sentiasa bersih serta mudah membaringkan haiwan tersebut dan agar urusan cepat dilakukan.
"Dengan cara ini, darah haiwan yang mengalir mudah dibasuh sejurus selepas setiap penyembelihan, demi memastikan tempat yang bersih untuk haiwan seterusnya. Ini bagi mengelak haiwan hidup menghidu darah, yang boleh membawa ketegangan dan meningkatkan asid dalam darah haiwan tersebut. Ini juga bagi memastikan terdapat pengasingan yang betul bagi binatang tersebut.
"Mengikuti adab, ini cara yang baik untuk membawa rahmah kepada haiwan dan juga bagi memastikan daging yang tersedia sihat dimakan. Pisau tajam yang dibuat khas dari Jerman turut tersedia agar mudah menyembelih, dan hanya dengan sekali sembelihan. Pengasah pisau juga turut kami sediakan," kata Ustaz Muhammad Ferozudeen.
Menurutnya, program tahunan Qurban Al Mubarak AFASG ini bertujuan memberi manfaat kepada penduduk kampung di kawasan pergunungan, khususnya warga fakir seperti di Indonesia dan India. Pada setiap bulan pula, AFASG mengadakan program seperti 'Sedekah Sendiri Secara Bulanan' dengan mereka akan menyembelih dan memberikan daging kepada penerima yang layak bersama beberapa barangan keperluan asas lain.
"Daya usaha ini sekurang-kurangnya mengingatkan penerima yang layak, dengan membantu mereka dan memberikan sedekah sebulan sekali. Allah swt menyukai amalan yang konsisten walaupun sedikit," jelas Ustaz Muhammad Ferozudeen lagi.
SEDEKAH, AKIKAH DAN NAZAR
Bagi ibadah akikah untuk bayi baru lahir, kambing biri-biri akan disembelih dan daging akan dimasak dan dihidangkan tanpa sebarang bayaran tambahan. Di samping itu, AFASG juga mengadakan program Zabah Barakah, atau 'Penyembelihan yang Diberkati'. AFASG terkenal dengan ketelusan mereka dan pihak AFASG akan mengirimkan klip video ke WhatsApp penderma dan memberitahu mereka mengenai penyembelihan yang telah dijalankan.
Bagi setiap ibadah akikah, peserta bakal menerima rantai kunci kayu dengan ukiran nama anak mereka dan tarikh akikah dilaksanakan. Mereka yang bersedekah juga, bakal menerima cenderahati sebagai tanda mata daripada pihak AFASG.
PERKHIDMATAN DAN MAKLUMAT LANJUT
- Sila layari laman web AL FALAH ACADEMY SG (AFASG) untuk mengetahui perkhidmatan yang tersedia di www.alfahahacademy.sg
- Anda juga boleh menghubungi talian 8522-4534 untuk maklumat lanjut.

