Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Al-Imtaq beri peluang peserta ziarah, saksi proses ibadah korban di Lombok

Apr 18, 2025 | 5:30 AM
Al-Imtaq beriltizam menyantuni penduduk miskin pedalaman seperti di Lombok, Indonesia, yang hanya dapat menikmati daging setahun sekali ketika Aidiladha.
Al-Imtaq beriltizam menyantuni penduduk miskin pedalaman seperti di Lombok, Indonesia, yang hanya dapat menikmati daging setahun sekali ketika Aidiladha. - Foto AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Sejak penubuhan Al-Imtaq International & Services pada awal 2007, firma ini mendapat sambutan serta sokongan amat positif daripada masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Sokongan itu bukan sahaja bersifat material, bahkan merangkumi aspek mental dan fizikal, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat dalam masyarakat setempat.

Pengarah syarikat, Ustaz Musa Zulkifli, berkata:

“Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa syukur atas sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat, khususnya warga Melayu/Islam Singapura, dan juga masyarakat antarabangsa secara umum.

“Dengan adanya sokongan sebegini, kami berupaya menyampaikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam pelbagai bentuk dan keperluan.”

Pelbagai bentuk sumbangan disalurkan oleh Al-Imtaq, antaranya termasuk pembayaran fidyah pada Ramadan, pembangunan surau dan masjid, serta daya usaha kemasyarakatan lain.

“Kami turut bersyukur kerana pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan hasil daripada sumbangan ikhlas orang ramai,” tambahnya mengenai firma yang berdaftar di bawah Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) itu.

Selain itu, Al-Imtaq turut menganjurkan program ziarah ke kawasan pelaksanaan ibadah korban, bagi mereka yang ingin menyaksikannya serta proses pengagihan daging korban kepada golongan memerlukan.

Peserta turut berpeluang melawat ladang-ladang tempatan seperti ladang anggur, buah naga, strawberi dan kurma yang menawarkan konsep “makan sepuasnya, bawa pulang sekadarnya”.

Dalam usaha menyantuni golongan kurang berkemampuan, Al-Imtaq sentiasa beriltizam mahu berkongsi kegembiraan bersama penduduk miskin pedalaman seperti di Lombok, Nusa Tenggara Barat serta kawasan luar bandar lain – khususnya masyarakat yang hanya berpeluang menikmati daging setahun sekali, iaitu pada musim Aidiladha.

Penerima habuan korban terdiri daripada petani dan penternak, berumur antara 40 tahun dengan 60 tahun.

Pengagihan daging korban pada 2025 akan ditumpukan di pedalaman Lombok termasuk Kampung Bandok, Kampung Tembeng, Mamben, Temanjor, Labuan, Aikmel dan beberapa desa lain.

Al-Imtaq juga merancang memperluas bantuan ke kawasan terpencil yang belum pernah menerima bantuan korban sebelum ini, agar lebih ramai dapat merasai nikmat ibadah korban tersebut.

Menurut Ustaz Musa, sasaran bantuan korban itu ditentukan berdasarkan pengamatan secara langsung terhadap kesukaran yang dialami penduduk di kawasan terbabit.

“Apa yang menyedihkan, ramai dalam kalangan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Saya sendiri menyaksikan keperitan hidup mereka.

“Justeru, Al-Imtaq berhasrat meringankan beban mereka melalui pengagihan daging korban agar mereka turut dapat meraikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan,” tambahnya.

Cara buat tempahan dan bayar untuk ibadah korban:

1. Hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073, atau melalui WhatsApp di talian 8454-3782. Pembayaran secara tunai dan pengambilan dari rumah boleh dilaksanakan.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun bank DBS: 019-904263-9.

3. PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi, sila tangkap layar resit dan hantar ke talian WhatsApp 8454-3782.

4. Melalui cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

5. Kunjungi pejabat Na’am Travel di 22 Changi Road, #B1-17, Icon @ Changi, Singapura 419741.

* Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web, www.al-imtaq.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg