Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perluas agihan daging korban di Lombok

Jun 17, 2022 | 5:30 AM
MEMBANTU YANG MEMERLUKAN: Acara penyampaian bantuan kendalian Al-Imtaq International & Services pada Ramadan di kawasan pedalaman Lombok Timur, Indonesia, baru-baru ini. - Foto AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES
MEMBANTU YANG MEMERLUKAN: Acara penyampaian bantuan kendalian Al-Imtaq International & Services pada Ramadan di kawasan pedalaman Lombok Timur, Indonesia, baru-baru ini. - Foto AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES -

PADA tahun ini, Al-Imtaq International & Services menganggarkan berlakunya peningkatan bantuan daging korban, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Peningkatan ini menyusuli penambahan permintaan daripada penduduk kampung yang belum mendapat bantuan, khususnya di Lombok Nusa Tenggara Barat dan umumnya di Indonesia serta beberapa kawasan di Kemboja.

Oleh yang demikian, Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Encik Musa Zulkifli, mengambil langkah meluaskan sasaran bagi membantu kelompok tersebut yang bergelut dengan kemiskinan.

Beliau menjelaskan:

"Sasaran kami pada Hari Raya Korban yang akan datang nanti, tidak jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, iaitu membahagiakan mereka yang miskin lagi fakir.

"Golongan yang kesempitan hidup seperti petani, penternak, penambang pasir dan buruh kasar mungkin hanya menikmati daging haiwan tersebut sekali sahaja dalam setahun. Secebis harapan yang diberi kepada mereka yang memerlukan, mungkin tidak dapat membuat mereka kenyang. Tetapi paling tidak, dengan kehadiran kita pada hari-hari tasrik yang diharamkan berpuasa ini, mereka dapat menikmati juadah haiwan korban yang dirasai oleh golongan kurang bernasib baik."

Mengulas mengenai kepentingan korban, Encik Musa berkata:

"Korban merupakan sebahagian daripada syariat Islam yang sudah ada sejak kewujudan manusia lagi.

"Maka, tujuan utama ibadah korban ini dilaksanakan, tidak lain tidak bukan, adalah meninggikan syiar Islam. Ia bukan hanya dilaksanakan di Singapura, bahkan di luar negara, sehingga masyarakat antara benua sangat mengharapkan dan menghargai sumbangan yang berupa haiwan korban dan lain-lain lagi yang mampu diperoleh hasil sumbangan daripada masyarakat Islam Singapura ini.

Syarikat Al-Imtaq juga tidak hanya menggerakkan projek korban pada bulan Zulhijah dan sumbangan pada bulan Ramadan sahaja, namun terdapat beberapa projek lain yang telah dijayakan dan berlangsung sepanjang tahun.

Antara projek amanah yang sudah siap sepenuhnya adalah Musala Darul Al-Ajyal, Musala Syeid, Musala Hidayatusyukur, Musala Al-wardah, Musala Raja Rokiah & Sulaiman serta Asrama Tahfiz Nuruzzainiah Putri dan Putra. Sementara itu, tapak pembangunan yang masih berada dalam proses pembinaan ialah Masjid 'Aliatul Wathan, Masjid Nurul Huda, Sekolah Nuruzzainiah dan Projek Pembinaan Reban Ayam.

"Oleh itu, kami amat mengharapkan sumbangan daripada masyarakat Islam untuk menyokong segala projek yang memberi manfaat kepada orang ramai. Doa dan harapan disertakan agar negara Singapura dan masyarakatnya selalu berada dalam lindungan Allah swt," ujar Encik Musa lagi.

CARA HULUR SUMBANGAN

  1. Pemindahan wang ke dalam akaun bank DBS 019-904263-9
  2. PayNow ke UEN 53202179K.
  3. Selepas transaksi, sila sertakan bukti/resit dan WhatsApp kepada talian 8454-3782.
  4. Hantar cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

Untuk pertanyaan lanjut, layari http://www. al-imtaq.com. Bagi pendaftaran atau pengambilan derma dari rumah, sila hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg