SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Al Wehdah beri sumbangan kepada 200 penerima zakat

Al Wehdah beri sumbangan kepada 200 penerima zakat

Apr 8, 2023 | 5:30 AM

Al Wehdah beri sumbangan kepada 200 penerima zakat

HULUR SUMBANGAN: Sukarelawan dan anggota Al Wehdah menyingsing lengan untuk mengagihkan barangan runcit kepada keluarga yang kurang bernasib baik sempena acara Maidahturrahman. - Foto AL WEHDAH
HULUR SUMBANGAN: Sukarelawan dan anggota Al Wehdah menyingsing lengan untuk mengagihkan barangan runcit kepada keluarga yang kurang bernasib baik sempena acara Maidahturrahman. - Foto AL WEHDAH -

SEKITAR 200 individu penerima zakat menerima sumbangan dan dijamu hidangan dalam majlis iftar daripada Persatuan Arab Singapura (Al Wehdah) di ibu pejabat Lorong 37 Geylang pada Sabtu.

Sumbangan tersebut adalah sempena majlis Maidahturrahman - iaitu acara jamuan berbuka puasa - yang diadakan secara tahunan tetapi dihentikan sementara pada 2020 dek pandemik.

Acara yang diadakan baru-baru ini adalah pertama kali ia diadakan secara besar-besaran sejak 2020.

Presiden Al Wehdah, Encik Khalid Saleh Basharahil, berkata beliau teruja untuk meneruskan tradisi Maidahturrahman ini setelah tiga tahun tidak dapat melakukannya.

"Ia merupakan tradisi yang dekat di hati kami kerana kami dapat berbuka puasa dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka.

"Lagipun, acara ini telah diadakan hampir sedekad dan mengekalkan tradisi Ramadan," jelas beliau.

Sumbangan wang tunai sebanyak $100 diberikan kepada penerima dewasa manakala $50 diberikan kepada kanak-kanak.

Salah seorang sukarelawan dan anggota Al Wehdah, Encik Abdillah Alsree, 29 tahun, berkata persiapan bagi acara ini dilakukan beberapa minggu sebelum bulan puasa.

"Kami akan menghubungi penerima dan menanyakan keperluan yang diperlukan yang menjangkau barangan runcit.

"Ini termasuk jika mereka perlukan bantuan pembersihan atau tajaan barangan," jelasnya.

Dari situ, sukarelawan akan mengumpul sumber dan dana untuk diagihkan kepada penerima-penerima sedemikian.

Setakat ini, Al Wehdah telah menghulurkan bantuan kepada 45 keluarga, meningkat daripada 30 keluarga apabila acara itu mula-mula dianjurkan tujuh tahun lalu.

Awal daripada itu, persatuan tersebut telah mengagihkan dermasiswa kepada 14 pelajar politeknik dan 10 pelajar universiti dengan nilai keseluruhan sebanyak $34,000 pada Oktober 2022.

Ia bertujuan memberikan bantuan dalam bentuk tunai kepada belia Arab Singapura bagi meneruskan pendidikan posmenengah di Singapura.

Ia turut melancarkan Anugerah Pengajian Agama pada 2022 bagi pelajar yang mengikuti pengajian agama, serta alumni bagi penerima dermasiswa yang lalu.

Tujuan Anugerah Pengajian Agama diberikan untuk menggalakkan pengajian dan pengetahuan agama di kalangan belia untuk mengekalkan kepimpinan agama masyarakat Hadrami.

Sejauh ini, dermasiswa persatuan itu telah membantu lebih 170 pelajar Arab di politeknik dan universiti, dengan nilai lebih $260,000.

"Ia merupakan tradisi yang dekat di hati kami kerana kami dapat berbuka puasa dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka. Lagipun, acara ini telah diadakan hampir sedekad dan mengekalkan tradisi Ramadan." - Encik Khalid Saleh Basharahil, Presiden Al Wehdah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg