Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Alamak, ada biawak ‘jaga’ lobi lif!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alamak, ada biawak ‘jaga’ lobi lif!

Dec 15, 2023 | 07:01 PM



Apa salahnya keluarga ini yang hendak turun menggunakan lif.

Tapi ada sesuatu yang menghalang mereka daripada berbuat demikian hingga membuat mereka terkejut seketika.

Bukanlah manusia, atau pun kelibat seram.

Tetapi seekor binatang berkaki empat, berekor panjang, berkeliaran tanpa tujuan.

Begitulah dialami seorang ibu dan dua anak kecilnya yang kelihatan mahu menggunakan lif tetapi dikejutkan seekor biawak di situ.







Video yang tular di TikTok itu bertajuk “menggunakan anak-anak sebagai pelindung” dan bermula dengan kalimat “tolonglah kita”.

Sehingga kini, video itu telah mencatatkan lebih 367,000 tontonan dan menambah lagi trend rakaman orang ramai yang terserempak dengan jenis binatang tersebut di kawasan bandaran.

Dalam video selama 25 saat itu, ibu tersebut yang memiliki akaun bernama Miya itu, sedang berjalan menuju ke arah lobi lif bersama dua anak kecilnya apabila seekor biawak muncul di lobi itu, hingga menyebabkan mereka menjerit.

Apabila itu berlaku, ibu tersebut dan anak-anaknya kemudian berundur sebentar sementara biawak itu kelihatan cuba melarikan dirinya bak lipas kudung.

“Itu seekor buaya!” kata anak perempuannya.

“Bukan, itu biawak!” sambung anak lelakinya pula.

Pengguna bernama Miya itu kemudian memerintah, “Tunggu, tunggu tunggu, okay kita tunggu biawak itu keluar dari tempat ini dahulu...”


Namun belum sempat ibu itu menghabiskan apa yang hendak disampaikan kepada anak-anaknya, biawak itu tiba-tiba muncul sekali lagi di hadapan mereka!

Kedengaran kanak-kanak tersebut menjerit lagi dan binatang itu melarikan diri ke arah lain.

“Apabila budak itu menjerit, biawak itu pun terkejut dan patah balik ke arah lain,” kata seorang pengguna bernama Kannan dengan ‘emoji’ wajah sedang ketawa terbahak di ruang komen.

Pengguna bernama Username1111 pula berkata: “Bayangkan kalau ada orang dalam lif, pintu lif terbuka dan biawak itu lari masuk ke dalam lif.”

Pengguna yang memuat naik video itu pula menjawab dengan bahasa slanga “LMAO!! gg.com”, yang bermaksud “kelakar amat, habislah!”

Apabila ditanya di ruang komen, di mana kejadian ini berlaku, Miya berkata ia berlaku Northshore, merujuk kepada projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di kawasan hujung utara Punggol.

Kelompok perumahan di daerah tersebut, yang mula menerima penduduk pertamanya sejak 2020, terletak berhampiran pesisiran Singapura dan muara Sungei Punggol.

Biawak bukan sesuatu yang jarang ditemui dan sering penduduk memuat naik rakaman binatang itu merayap di kawasan bandar dan perumahan.

Menurut laman Lembaga Taman Negara (NParks), haiwan tersebut selalunya bersikap malu dan akan sering mengelakkan dirinya daripada manusia.

Biawak tidak akan menyerang kecuali jika ia rasa dirinya terancam, dan sengatnya juga tidak membawa maut kepada manusia.

Panduan NParks itu juga menasihatkan supaya orang ramai menjauhi binatang tersebut dan elak daripada mengganggu mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >