Topic followed successfully
Go to BHkuAlat moden percepat proses, kurangi sakit
Premium
Alat moden percepat proses, kurangi sakit
Jan 15, 2017 | 5:30 AM
Alat moden percepat proses, kurangi sakit
MANFAATKAN TEKNOLOGI: Encik Alluwie Manijan menggunakan alat moden yang dikatakan dapat menghasilkan potongan yang lebih kemas, cepat dan kurang sakit semasa menjalankan prosedur khatan. - Foto INIAZ RAHIM -
KALAU dahulu beliau menggunakan gunting dan pisau (blade) untuk memotong kulit (kuluf) pada alat kelamin kanak-kanak lelaki, kini Encik Alluwie Manijan menggunakan sejenis mesin yang dikatakan dapat menghasilkan potongan yang lebih halus dan kemas dengan pendarahan yang sedikit.
Encik Alluwie, 64 tahun, yang berkhidmat sebagai tok Mudin di sini sejak lebih 30 tahun lalu, memanfaatkan kemudahan teknologi dengan menggunakan mesin diathermy untuk menjalankan prosedur khatan sejak menubuhkan firma Ibadah Circumcision Services di Bedok North kira-kira 17 tahun lalu.

