ALAT pengecas mudah alih (power bank) terbakar dalam gerabak MRT pada Selasa (24 Mei), membawa pada penumpang perlu turun di stesen Somerset sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, operator SMRT berkata kejadian itu berlaku sekitar 12.10 malam sehari sebelum ini di dalam kereta api laluan utara yang sedang bergerak sepanjang Laluan Utara-Selatan.
Seorang penumpang dengan cepatnya memadamkan api itu, kata Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai.
"Kakitangan kami berada di lokasi kejadian untuk membantu. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penumpang turun di Stesen Somerset," katanya.
Tiada laporan penumpang yang memerlukan bantuan perubatan, tambah Encik Lam.
Sebuah video yang dimuatnaikkan ke Facebook menunjukkan penumpang keluar dari MRT berkenaan dengan sesetengahnya menutup mulut mereka dek asap sekeliling.
Tren yang terjejas juga dihantar ke depoh bagi pemeriksaan lanjut, jelas Encik Lam.
Beliau menambah SMRT akan membantu Perintah Keselamatan Pengangkutan Awam dengan siasatan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg