Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alat sistem audio 'ganggu' aktiviti, justeru perlu dibaiki dalam projek peningkatan

Feb 18, 2022 | 5:30 AM
ANTARA USAHA KUMPUL DANA PENINGKATAN MASJID: Masjid Darul Makmur akan mengaturkan khidmat bacaan Khatam Al-Quran untuk dua nama arwah keluarga buat sumbangan wakaf sebanyak $500 yang diterima. - Foto MASJID DARUL MAKMUR
ANTARA USAHA KUMPUL DANA PENINGKATAN MASJID: Masjid Darul Makmur akan mengaturkan khidmat bacaan Khatam Al-Quran untuk dua nama arwah keluarga buat sumbangan wakaf sebanyak $500 yang diterima. - Foto MASJID DARUL MAKMUR -

PERALATAN sistem audio adalah salah satu alat yang penting di masjid. Terutama sekali sewaktu solat, kuliah-kuliah agama dan aktiviti-aktiviti dakwah yang lain.

Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Isu-isu pendawaian dan pembesar suara yang tidak jelas untuk mendengar apa yang disampaikan semasa kuliah, juga sering berlaku.

Jemaah yang hadir di majlis-majlis juga tidak dapat menghayati apa yang disampaikan asatizah dan ia mengganggu tumpuan jemaah semasa solat, khususnya ketika mendengar bacaan imam.

Oleh itu, peralatan sistem audio merupakan antara alat yang ingin diperbaiki sempena projek peningkatan Masjid Darul Makmur.

Alat audio masjid ini akan diganti dengan sistem yang lebih canggih dan bermutu supaya jemaah dapat menghayati dan merasa khusyuk semasa majlis dijalankan.

Dengan adanya sistem visual yang baik juga, pihak masjid merancang menyiapkan skrin terjemahan khutbah Jumaat kepada bahasa lain. Ini bertujuan membantu mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dapat bersama-sama menghayati kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu.

Masjid ini sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang dijangka akan bermula hujung tahun ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais:

"Setakat ini, hampir setengah daripada jumlah yang diperlukan telah dikumpul. Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat.

"Usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai."

Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 34 tahun itu kini dapat menampung sekitar 2,000 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang untuk menambah kapasiti ruang solat kepada lebih dari 3,500 jemaah.

Antara fokus utama sewaktu peningkatan selain memastikan ruang masjid kondusif ialah mengadakan kelas pengajian pelajar madrasah yang lebih selesa dan ruang yang mudah digunakan oleh warga emas.

Kini, antara usaha pengumpulan dana peningkatan yang baru dilancarkan, pihak masjid akan mengaturkan khidmat Khatam Al Quran untuk dua nama arwah keluarga bagi mereka yang membuat sumbangan Wakaf $500.

Pendaftaran untuk sumbangan Wakaf $500 Khatam Al-Quran ini boleh dilakukan di laman: https://campaigns.darulmakmur.sg

CARA MENYUMBANG

- Dermalah untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur. Lakukan melalui cara berikut:

- PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf/Infaq).

- Bank Transfer ke Akaun: OCBC Current 581-652138001 (Ref: Wakaf/Infaq).

- Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke: 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

- Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur (pada waktu pejabat).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg