Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Album baru Papa Rok papar cita 'Rasa' SG

Oct 9, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh DESMOND WEE
- Foto BH oleh DESMOND WEE -

USIA hanya satu angka sahaja.

Sedang penyanyi lain pada usianya sudah mula memperlahankan penglibatan mereka dalam dunia seni suara, legenda Papa Rok Singapura, Datuk Ramli Sarip, yang usianya sudah menjangkau 69 tahun, masih bertenaga untuk menghasilkan satu album penuh.

Karya itu juga dihasilkan di tengah-tengah wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan menyukarkan proses menghasilkan album dengan pelbagai peraturan dan langkah pengurusan selamat yang perlu dipatuhi.

Namun anak kelahiran Singapura yang kini telah kembali ke tanah air sejak bermulanya pandemik tahun lalu, dapat berbangga dengan album Rasa yang dihasilkannya.

Ini kerana buat pertama kali sejak sekian lama, album ini mempunyai sentuhan Singapura, sedang beliau menghasilkan tujuh daripada 10 lagu dalam album sepenuhnya di sini.

Beliau telah mendapatkan bantuan daripada pemuzik terkenal tanah air seperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir dan Riduan Jalani.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg