Premium
'Alkesah' sekampung legenda sastera Melayu...
May 25, 2018 | 5:30 AM
'TAMPARAN' WANITA: Pementasan muzikal 'Alkesah' yang dijayakan (dari kiri) Siti Nur Shafiqah Efandi (sebagai Sang Kancil) dan Siti Maznah (Nenek Kebayan) menyisipkan pesanan tentang pemerkasaan wanita menerusi paparan watak legenda dongeng Melayu. - Foto TUCKYS PHOTOGRAPHY -
Pencinta seni teater, tari dan muzik, baik tradisional atau moden, berpeluang menikmati warna-warni Pesta Raya yang masuk edisi ke-17, tahun ini. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) meninjau kelainan yang cuba disuntik pusat seni gemilang, Esplanade - Teater Di Pesisiran, dalam menyemarakkan kemeriahan acara buat sajian seisi keluarga ini.
LULUSAN Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Teater Muzikal dari Maktab Seni Lasalle, Siti Maznah Mustaffa, lebih terdedah kepada pementasan Inggeris.

