Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aloysius Pang akan diberi penghormatan pengebumian tentera pada Ahad

Jan 25, 2019 | 7:42 PM
DIBAWA PULANG: Aloysius Pang telah dibawa pulang ke tanah air selepas beliau meninggal dunia empat hari selepas mengalami kecederaan parah semasa menjalani latihan tentera di New Zealand.
DIBAWA PULANG: Aloysius Pang telah dibawa pulang ke tanah air selepas beliau meninggal dunia empat hari selepas mengalami kecederaan parah semasa menjalani latihan tentera di New Zealand. - Foto INSTAGRAM/ ALOYSIUS PANG

PELAKON setempat Aloysius Pang telah dibawa pulang ke Singapura, dengan pesawat KC-135R yang membawa mayatnya tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) pada 5.45 petang tadi (25 Januari).

Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang akan diberi penghormatan pengebumian tentera sebelum dibawa ke Krematorium Mandai lusa, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi satu kenyataan hari ini.

CFC (NS) Pang yang diurus agensi bakat NoonTalk Media merupakan pelakon bebas yang pernah berlakon dalam beberapa projek Mediacorp.

Menerusi Facebook, NoonTalk Media berkata orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang boleh melakukan demikian dari 12 tengah hari esok hingga 12 tengah hari lusa di 82A MacPherson Lane.

Pelakon berusia 28 tahun itu meninggal dunia kelmarin - empat hari selepas beliau cedera parah semasa menjalani latihan tentera di New Zealand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg